Panduan Iklankan Homestay Menerusi Airbnb

Pernah dengar mengenai perkhidmatan Airbnb tak? Cuba anda Google ‘Nice homestay in Tawau‘. Anda akan nampak iklan Airbnb ini nanti di antara carian top dalam enjin carian Google. Aha .. menarik tak? Ok, jika anda seorang usahawan homestay, nak tak tahu bagaimana nak senaraikan homestay anda dalam Airbnb tu?

Aha, ini peluang untuk usahawan homestay di Malaysia kembangkan bisnes ke peringkat antarabangsa. Menerusi Airbnb ini, anda boleh letakkan iklan homestay milik anda ini dan mendapat perhatian daripada pelancong asing.

Panduan Iklankan Homestay Menerusi Airbnb

 

Tentu anda tertanya, bagaimana nak senaraikan homestay milik anda di Airbnb ini? Ok. Sekarang dah ada satu panduan yang cukup lengkap, langkah demi langkah untuk anda iklankan homestay anda di Airbnb ini.

Panduan ini ditulis oleh seorang usahawan homestay Malaysia dan telah pun berjaya mendapat tetamu atau pelanggan dari luar negara untuk homestaynya yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Menariknya ialah, beliau dapat jana pendapatan berlipat kali ganda kerana bayaran sewaan homestay adalah dalam matawang USD!

Uhh tak best ke?

Dalam keadaan ekonomi dan kedudukan matawang Malaysia berbanding USD ni, tentu ia satu peluang keemasan untuk tingkatkan pendapatan menerusi homestay anda.

Panduan Lengkap Beritahu Cara Nak Buat Duit Dengan Airbnb

Panduan tersebut bukan sekadar akan tunjukkan cara nak daftarkan homestay untuk dimuatkan dalam direktori Airbnb ini, malah ada beberapa tips and tricks yang akan didedahkan kepada anda supaya homestay anda mudah mendapat pelanggan dari oversea ini.

Tak kisahlah homestay anda letak di mana-mana pun, anda boleh letakkan dalam Airbnb ini. Mungkin homestay di Dungun, mungkin anda nak senaraikan homestay dekat Batu Berendam, atau nak letakkan homestay rumah dua tingkat di Kuantan atau apartment di Cameron Highlands yang dah anda beli sejak berkurun lama.

Oh ya, dalam Airbnb ni … anda bukan sahaja boleh letakkan senarai rumah homestay, tetapi juga apartment, dan bilik untuk disewakan kepada pelancong asing.

Cuba lihat contoh-contoh di bawah ini…

Ok, panduan ini ditulis dalam Bahasa Malaysia, dan in Sha Allah .. ia sesuai untuk semua pemilik homestay dan mereka yang mungkin teringin nak buat bisnes homestay di Malaysia yang nak tahu cara nak jana income lebih menerusi listing di Airbnb ini.

Jika nak tahu lebih lagi mengenai panduan ini, terus sahaja ke SINI.

Dengan panduan ini nanti, bolehlah anda dapat customer dari luar negara .. silap-silap income bulanan daripada sewaan homestay ni nanti boleh cover duit bayar bulanan pinjaman bank – andai kiranya rumah homestay tu masih dalam bentuk pinjaman perumahan dari bank.

Cubalah dapatkan panduan ini ye. Ilmu berguna ni untuk kembangkan bisnes homestay anda. Kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.

kredit: hasrulhassan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*