Malunya Jerawat Dah Berumah Kat Muka! Jom Cuba Petua Atasi Jerawat Dengan Masker Daun Pandan.

Daun pandan banyak digunakan dalam masakan untuk memberi haruman dan sebagai penambah selera. Namun ramai yang tidak tahu daun pandan mempunyai manfaat untuk mengatasi masalah jerawat.

Kami kongsikan cara untuk membuat masker pandan untuk menjadikan kulit anda sihat dan cantik secara semulajadi.

Bahan-bahan:

i. 1/2 sudu teh air perahan daun pandan
ii. 1/2 sudu teh madu asli
iii. 1 biji pisang
iv. 1/4 sudu teh minyak zaitun
v. 1/2 biji limau nipis

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.

Cara menggunakannya:

Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.

******************

[Artikel lagi menarik dibawah]

Petua: MINYAK BAWANG PUTIH UNTUK LEGAKAN BATUK SELSEMA ANAK

Kasihannya bila baby selsema dan batuk. Seksa nak tidur. Apa petua hilangkan batuk selsema yang berkesan ya?

Hanya ibu bapa yang akan faham betapa susahnya menguruskan anak kecil yang mengalami batuk dan selsema. Walaupun ia bukanlah penyakit yang begitu serius, tapi ramai ibu bapa yang terpaksa berjaga malam dan kehabisan tenaga dalam proses menanganinya.

Jadi sebagai salah satu ikhtiar, bolehlah cuba petua minyak bawang yang dikongsikan oleh Puan Hanezfarjaz Zulaiqah ini untuk membantu menyembuhkan batuk dan selsema anak kecil.

Mari ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah.

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH UNTUK LEGAKAN BATUK SELSEMA ANAK

Sekadar perkongsian bagi yang belum tahu. Yang dah tahu dan dah cuba, alhamdullillah… Saya dah gunakan petua minyak bawang bawang putih ini selama 4 tahun. Sebab anak sulung saya dan nak masuk umur 4 tahun.

Minyak bawang putih ini boleh membantu melegakan selsema dan batuk pada bayi dari usia sebulan sampailah kanak-kanak 4 tahun. Bagi yang belum cuba, jom pakat buat di rumah!

1. BUANG KULIT

Pertama sekali, ambil 1-2 ulas bawang putih. Buang kulitnya.

2. BAKAR

Seterusnya, bakar di atas dapur gas sampai agak hitam.

3. ADUNKAN DENGAN MINYAK

Lenyekkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan masukkan ke dalam botol kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak.

Boleh pakai minyak masak, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak bijan, atau minyak jenis lain.

4. SIAP UNTUK DISAPUKAN

Kalau anak batuk selsema, sapukan pada batang hidung, dada, dan lehernya selepas mandi. Kesan untuk meresap ambil masa dalam setengah jam juga.

Ulang lagi sapuan selepas satu jam atau setengah jam. Insha Allah anak boleh tidur nyenyak. Selsema dan batuk semakin berkurang tanpa menggunakan ubat.

Nota: Buat yang pertama kali menggunakannya, pastikan cuba dalam kuantiti sedikit dulu untuk melihat keserasiannya dengan bayi. Kalau nampak tiada kesan sampingan, barulah teruskan penggunaannya seperti biasa. Sesetengah bayi mungkin sensitif dan tak tahan.

SEMOGA BERMANFAAT

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai ibu-ibu yang mencari ikhtiar buat anak. Ramai yang dah mencubanya dan mengakui keberkesanannya.

Apapun, jika simptom batuk dan selsema berterusan atau bertambah teruk, jangan lupa bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ya.

**Petua minyak bawang putih oleh Puan Hanezfarjaz Zulaiqah ini pertama kalinya dikongsikan melalui Facebook dan post asal tersebut telah mendapat hampir 8,000 perkongsian. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain yer..

kredit: keluargatilljannah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*