Lepasi sasaran 111 emas: ‘Cuti? Kita tunggu lah!’, kata PM Najib

KUALA LUMPUR: Ketika rakyat Malaysia meraikan pingat emas ke-111 negara yang dimenangi oleh jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang, ramai netizen tertanya-tanya jika cuti umum akan diisytiharkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya ketika meraikan detik ini pada malam Isnin sempat berjenaka kerana begitu memahami kehendak rakyat Malaysia.

“Ramai yang memuji dan ramai yang juga minta cuti di diisytiharkan.

“Ada dua kegemaran rakyat Malaysia… satu makan, dan satu lagi cuti AM.

“Tunggu dululah sebab Sukan SEA belum habis lagi. Kita tunggu dulu,” kata Najib di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Pingat emas yang diraih Azizulhanis Awang sekali gus menepati sasaran pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

sumber: astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*