KANTOI !! Bagi Alasan Datang Lambat Keje .. Apa Boss Ni Reply Balik Buat Dia Nie Terdiam ..

Pelbagai kerenah dan tipu helah yang pasti akan membuatkan majikan sendiri berasa pening dan geram. Ada yang sanggup berjam tunggu di klinik semata-mata untuk mendapatkan MC, ada juga yang sanggup menipu tentang hal kematian, juga ada yang tipu tapi tak bijak. Hahaha..

Itulah yang terjadi kepada seorang majikan Syafiq Nasaruddin apabila pekerjanya cuba kelentong untuk tidak datang bekerja pada hari tersebut.

Menurut status yang ditulis Syafiq di facebook lewat pagi semalam, salah seorang pekerjanya bernama Nabila memberikan alasan untuk lewat masuk kerja gara-gara tayar motor pancit.

Melalui conversatation whatsapp, kejadian ditakrifkan berlaku di sekitar Sungai Petani, Kedah.

Berasa tidak puashati dengan penjelasan, Syafiq kemudiannya mula melakukan cari gambar “tayar motor pancit’ pada enjin carian google . Wohaaa, terpampang gambar yang sama juga dihantar oleh pekerjanya, Nabila .

Berang ditipu, Syafiq bertindak memberikan screenshoot gambar tersebut dan memaklumkan kepada Nabila agar tidak perlu datang ke tempat kerja. (rasa macam kena U ARE FIRED!!) .

Syafiq juga menasihati agar orang lain tidak mengikut perangai yang tidak bagus kerana tidak semua majikan akan percaya bulat-bulat apa kata korang tanpa diselidiki biarpun nampak seperti naif ( tidak tahu guna IT mungkin )

So, KS nasihatkan kepada korang yang baru nak memasuki alam pekerjaan , janganlah kaki tuang, kaki ngular , kaki ponteng , kaki lipat sebab jika korang amalkan kesemua kaki tersebut nescaya masa depan korang pun tak mustahil tercampak di kaki lima . Win kan !!

sumber : Syafiq Nasaruddin via gedebakviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*