Cari Merata Tak Jumpa Mana Wallet, Saya Baca Ayat Nie 41 Kali .. Hasilnya Hanya Selang Beberapa Minit Mmg Buat Saya Terkejut ..

ALLAHU AKBAR…ALLAHU AKBAR… ALLAHU AKBAR..!
Saya share sedikit apa yg berlaku kt saya sehari dua ni yaa..
Semalam lebih kurang 11.30 pagi… wallet dalam tangan saya….tiba2 saya tak ingat saya letak mana. Dalam poket seluar ke…kat meja ke…jenuh saya dan isteri mencarinya berjam jam disegenap penjuru rumah termasuk dalam plastik sampah kut2 terbuang, dalam mesin basuh, dalam bilik air…bawah katil, bawah kerusi, semuanyaaa…tapi masih jugak tidak jumpa…!

Akhirnya isteri saya mengajak membaca yasin bersama…solat hajat dan berdoa. Selepas itu kami teruskan mencari…masih juga gagal menjumpai apa2. Kemudian kami pergi membuat laporan polis utk salinan dokumen pengenalan diri sementara. Ye laa…semua dokumen penting saya hilang!😭 Lepas tu saya masuk opis seperti biasa.

Di opis…isteri saya cuba search doa2 berkaitan dgn barang2 hilang. Ada banyak jenis doa tapi tiba2 saya teringat kpd Ustaz Luthfi yang mengajar anak2 tahfiz di kejiranan saya. Saya wassap dia dan menceritakan apa yg berlaku. Saya meminta pandangan darinya apa ikhtiar seterusnya yg harus saya lakukan? Ustaz Luthfi yg sekarang ini sedang beraya di kampungnya di Indonesia, meminta saya membaca surah Al-Imran ..ayat 9 sebanyak 41 kali.

Dan pagi tadi… saya pun membaca surah yg diajar oleh Ustaz Luthfi sebanyak 41. Selesai membaca, saya berdoa kpd ALLAH agar dibukakan pintu hati dan dibukakan hijab saya dan isteri agar kami dapat jumpa barang yg hilang di atas kecuaian saya sendiri. Tak sampai beberapa minit….tiba2 mata saya memandang tepat ke arah tirai dapur dan melihat sesuatu tergantung kt tirai tu..! ALLAH… wallet saya!!

😭 ALLAH tunjuk cash kt saya dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Berdiri bulu roma saya sbb saya dan isteri banyak kali lalu kt tirai tu and kuar masuk dapur.. tak nampak apa2 pun dr semalam.!!

Semoga perkongsian pengalaman saya ini boleh memberi manfaat kpd semua. Kalau barang hilang ..jangan cepat buat tuduhan …dan jangan duk kalut nak gi jumpa bomoh buang saka bagai. Mintalah kpd ALLAH s.w.t. Yakinlah kpdNYA…!!!

Kalau ALLAH tidak makbulkan permintaan kita sekali pun….tidak perlu kecewa.. redho seadanya… kerana semua yg kita miliki ini hanyalah pinjaman semata2 termasuk nyawa kita sendiri. ANYTIME ALLAH BOLEH MENGAMBIL HAK NYA..!! Kita ni nothing!
Sekian.

DOA MENDAPATKAN BARANG HILANG

Maksudnya:(Surah Ali Imran: Ayat 9)

“Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari Kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Keterangan ayat:

Dalam ayat ini, Allah SWT mengingatkan bahawa orang-orang yang beriman itu amat memperhalusi dan menjaga diri mereka kerana bimbang terlibat dalam perkara-perkara yang dilarang. Mereka meyakini adanya hari pembalasan yang akan menyebabkan manusia ditentukan hukumannya oleh Allah sama ada ke syurga ataupun ke negara. (Tafsir Ibn Kathir).

Khasiat dan kaifiat beramal dengannya:

Menurut al-Imam al-Suyuti dalam Tafsir al-Darrul Manthur, ayat ini diamalkan oleh Nabi SAW untuk menemui barang yang hilang.

Cuma terdapat sedikit perubahan (sila rujuk pada doa kehilangan barang dalam Doa Daripada al-Sunnah).

Sumber: FB Herosifuchess Rockmania / Potongan Ayat Dari Utusan Online / tafsirq.com/

credit: GedebakViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*