Akibat salah klik, pesta ulang tahun ke-15 gadis kampung ini bertukar menjadi karnival bakal dihadiri 1.2 juta orang!

Akibat salah klik, pesta ulang tahun ke-15 gadis kampung ini bertukar menjadi karnival bakal dihadiri 1.2 juta orang!

Akibat tersalah klik oleh ayahnya, pesta ulang tahun ke-15 gadis kampung ini bertukar menjadi karnival bakal dihadiri 1.2 juta orang!

Akibat salah klik ayahnya, pesta ulang tahun ke-15 gadis kampung ini bertukar menjadi karnival bakal dihadiri 1.2 juta orang!

Berita ini sungguh menggemparkan apabila 1.2 juta orang menyatakan mereka akan menghadiri majlis ulang tahun di sebuah kampung yang terletak di La Joya, Mexico.

Menurut ahli Parlimen tempatan Roberto Alejandro Segovia Hernandez, beberapa pasukan polis akan dihantar ke sebuah kampung di Mexico untuk mengawal keadaan lalu lintas dan keselamatan orang ramai sempena pesta ulang tahun seorang gadis yang ke 15.

Hal ini berikutan kejadian satu video undangan ke pesta ini menjadi tular di lamanFacebook. Rentetan daripada itu, seramai 1.2 juta orang dikatakan akan menghadiri pesta itu.

Di dalam video ini, bapa gadis itu mengatakan bahawa “semua orang dialu-alukan”datang ke pesta yang bakal dipersembahkan dengan pancaragam tempatan, makanan dan perlumbaan kuda telah disiarkan di Facebook. Apa yang memeranjatkan ialah video itu tidak ditetapkan mod ‘hanya dapat dilihat oleh rakan dan rakan’ selepas ia dimuat naik sebaliknya ia ditetapkan kepada mod ‘terbuka’.

Ini bermaksud sesiapa sahaja yang melihat jemputan ini boleh menghadiri pesta ini.

Wah! Ini peluang keemasan dan tidak harus dilepaskan!

Beliau berkata asalnya, jemputan itu adalah khas untuk jiran-jiran dan rakan-rakan sahaja.

Namun setelah menyedari kesilapannya ketika menyiarkan jemputan itu di laman Facebook, dia telah mengesahkan bahawa dia tidak akan menolak walau siapa pun yang datang.

‘Semua orang dijemput’

Video itu menunjukkan Crescencio Ibarra berdiri di samping anaknya Rubi yang cantik dengan memakai tiara dan isterinya, Anaelda Garcia.

“Hello, anda apa khabar? Kami ingin menjemput anda pada 26 Disember ini ke pesta ulang tahun anak perempuan kami, Rubi Ibarra Garcia yang ke-15,” kata Ibarra sambil anaknya tersenyum manis di sisinya.

Dia kemudiannya menyenaraikan tiga kumpulan muzik yang akan membuat persembahan dan mengumumkan bahawa pemenang perlumbaan kuda yang akan diadakan bakal memenangi 10,000 peso (Amerika Dolar 490; British Pound 390).

Dia mengakhiri ucapannya dengan mengatakan bahawa “Dengan ini semua orang dijemput dengan hormat”.

Pesta ulang tahun ke-15 untuk setiap gadis merupakan acara besar di Mexico, kerana ia merupakan simbol bahawa anak gadis itu telah cukup umur dan sudah layak untuk berkahwin.

Pesta mewah dengan persembahan secara langsung bukanlah acara yang selalu diadakan. Mengikut adat turun-temurun, pada hari pesta ulang tahun ini diadakan, gadis yang berumur 15 tahun akan memakai gaun kembang berserta mutiara dan wajahnya dihias cantik dengan alat solek kerana mereka adalah “ratu untuk hari itu.”

Tidak ada sebab yang jelas mengapa video ini menjadi tular dan telah dikongsi lebih daripada 800,000 kali. Beberapa netizen berpendapat bahawa pesta ulang tahun Rubi dengan mudahnya akan dapat menewaskan konsert Queen dan Metallica.

Beberapa perniagaan turut mengambil peluang berniaga seperti syarikat penerbangan Mexico Interjet menawarkan diskaun 30% untuk penerbangan ke Mexico.

 

Tidak ketinggalan pula syarikat Castrol dengan mesranya memberi arah tuju ke parti ulang tahun “Kepada sesiapa yang pergi ke parti ulang tahun Ruby, ikutilah laluan ini.”

Artis tempatan akan turut menghadiri pesta ulang tahun ini.

Lihatlah! Bas dan teksi tempatan juga turut menularkan mengenai sambutan ulang tahun Rubi.

Poster-poster yang cantik turut direka oleh netizen-netizen

Menurut Encik Ibarra, dia berasa takut pada mulanya selepas mendapat tindak balas luar biasa daripada orang ramai dan bercadang untuk membatalkan pesta ulang tahun ini.

“Kami mahu menjemput orang berdekatan itu sahaja,” katanya, sebelum memberitahu bahawa dia tidak merancang untuk menjemput orang ramai tetapi hanya rakan-rakan sahaja.

Namun, selepas melihat kesungguhan pihak penaja dan pihak media untuk menjayakan pesta ini, akhirnya pesta ini tetap berlangsung seperti yang dirancang.

Lihatlah gambar di sekitar pesta ulang tahun Rubi yang ke-15 ini. Pasti tidak ada seorang pun yang boleh melupakan kenangan manis ini.

Banyak khemah didirikan supaya tetamu mendapat keselesaan

Kelihatan Rubi dikerumuni oleh orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat dan berjabat tangan dengannya

Pihak media turut membuat liputan mengenai pesta ulang tahun yang meriah ini

Banyak penaja makanan pada hari itu. Masing-masing sibuk menyiapkan juadah untuk orang ramai

Wah! Lihatlah kek gergasi itu. Cantik sungguh!

Rubi turut mendapat kek tajaan untuk diberikan kepada semua jemputan

Ibu bapa Rubi berasa gembira melihat anaknya turut bergembira dengan sambutan ulang tahun yang tidak disangka-sangka itu

Di bawah rakaman ucapan ayah Rubi yang telah menjadi viral di Facebook.

kredit: get.A.viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*