[7+ Gambar] YA ALLAH RAHMATI LAH ROH MEREKA, IDENTITI 4 SEKELUARGA DIHEMPAP TRELER.

Gua Musang : “Ya Allah rahmati lah roh 4 sekeluarga ini, mereka pergi pada hari jumaat yang mulia, hari ini perjalanan terakhir mereka didunia”. Allah lebih sayangkan mereka.

Suasana amat sedih permergian tragis Perkerja NIOSH Bangi arwah Zainuddin Anuar dan keluarga nya dalam kemalangan ngeri pagi tadi.

Zainuddin dari Bangi menuju ke Pasir Mas Kelantan untuk menghantar isteri yang baru lepas bersalin 13 hari kerumah keluarganya disana.

Tengahari tadi Polis mengenal pasti sepasang suami isteri serta dua anak berusia 13 hari dan tiga tahun maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh, di sini hari ini.

 

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Abdullah Daud berkata, setakat ini polis mengenal pasti mangsa yang maut ialah Zainuddin Anuar, 30; isteri, Raizuamira Daud, 31; Anak sulung mereka Nur Annisa Sofea, 3; dan adik nya Zayyan Nazreel Zainuddin berusia 13 hari.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi sebuah treler jenis Hino yang datang dari arah Kuala Krai menuju ke Gua Musang gagal dikawal lalu masuk ke laluan bertentangan.

Akibatnya, kenderaan membawa muatan beras itu merempuh kereta jenis Proton Wira dinaiki keluarga berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian, kereta itu terperosok ke bawah lori mengakibatkan kesemua mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Semoga roh keluarga ini dicucuri rahmat, sungguh tragis apa yang berlaku kecuaian orang lain mereka sekeluarga menjadi mangsa walaupun laporan awal mengatakan kereta mereka yang hilang kawalan kini disah oleh pihak berkuasa yang treler terbabit merempuh kereta mangsa sekeluarga. Al-fatihah.

Sumber: beritasayu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*